Sabtu, 14 Januari 2012
«Ketentraman HATI»
Sepuluh Nasihat Menuju Ketentraman Hati
1. Jaga Lidahmu.
“Hati itu adalah tempat rahasia dan bibir itu
kuncinya sementara lidah adalah anak kuncinya.
Oleh itu hendaklah setiap orang menjaga anak
kunci rahsianya ”.
2. Kebaikan Ilmu.
“Tidak ada simpanan yang lebih berguna daripada
ilmu, tidak ada sesuatu yang lebih beruntung
daripada adab, tidak ada kawan yang lebih bagus
daripada akal dan tidak ada benda ghaib yang
lebih dekat daripada maut ”.
3. Bandingan Akal Dan Harta.
“Akal itu menteri yang menasihat dan harta itu
seorang tamu yang akan berangkat”
4. Bandingan Perkataan.
“Perkataan itu seperti obat jika engkau gunakan
sedikit daripadanya akan memberi faedah, tetapi
jika digunakan terlalu banyak akan
membahayakan ”
5. Siarkan Kebaikan Orang.
“Apabila engkau berbuat kebaikan sembunyikan,
dan apabila orang membuat kebaikan kepadamu
hendaklah engkau sebarkan ”
6. Dunia.
“Dunia itu awalnya payah, akhirnya binasa,
halalnya dihisab dan haramnya diazab”
7. Bala Terhebat.
“Manusia yang mendapat sehebat-hebat bala dan
paling banyak kesusahan ialah orang yang
mempunyai lidah yang terlepas dan hati yang
tertutup yaitu dia tidak dapat diam dan tidak
pandai memperelaokkan kata-katanya ”
8. Bergaullah Dengan Baik.
“Bergaullah sesama manusia dengan satu
pergaulan yang jika kamu tiada, mereka akan
rindu kepada kamu dan jika kamu mati mereka
akan menangisimu ”
9. Nasib Si Pemarah Dan Putus Asa.
“Tidak akan engkau dapati orang yang pemarah
itu senang, tidak yang berakal itu tamak, tidak
yang pemurah itu dengk dan tidak yang berputus
asa itu kaya ”
10. Sabar.
“Kesabarn itu ada dua iaitu sabar menahan
sesuatu yang engkau benci dan sabar
melepaskan sesuatu yang engkau suka. Dan yang
kedua itu lebih berat atas nafsu.
kutipan H maulana
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar